02/10/2013

Bila hati berbicara


Dear awak...

Terima kasih banyak2 sebab dah bagi saya rasa banyak benda dalam hidup ni.
Terima kasih sebab awak la saya tahu apa itu maknanya sayang.
Terima kasih sebab awak la saya tahu apa itu maknanya rindu.
& terima kasih sebab awak juga la saya tahu apa itu rasa sakit.

yaaa sakit.sakit yang teramat sangat.tak pernah rasa sakit macam apa yang saya rasa sekarang.awak berjaya.awak insan pertama yang berjaya buat saya macam ni.awak berjaya buat airmata ni mengalir.awak2.kenapa? kenapa macam ni? kenapa bagi saya rasa sakit ni.kenapa wak? kalau kehadiran saya menyusahkan hidup awak, saya minta maaf wak.saya mintak maaf banyak2 kat awak.tolong wak.tolong jangan buat saya rasa macam ni.tak boleh ke wak saya nak happy jap je.takleh lama kejap pon jadik la.tolong jangan buat saya macam ni.saya tahu saya tak mampu nak jadi yang terbaik untuk awak.maafkan saya.awak cakap je apa yang awak nak cakap.saya terima wak.saya cuba untuk kuat.saya cuba hidup tanpa siapa2.in shaa Allah saya boleh.yeah ida boleh.ida kuat!!!




Bila ku didatangi malam Gelora perasaan mencengkam dijiwa Masihkah ada lagi Dayaku menghindar dari kealpaan 
Diterjah berbagai persoalan Dihujani airmata penyesalan Bisakah terhapus semua Segala dosa-noda yang bertakhta 
Terangi jalan hidupku Dengan cahaya kasih Mu Pimpinlah daku dengan hidayah Mu 
Tuhanku... Di malam syahdu ku merayu Ampunilah segala dosaku yang lalu Sujud ku mendambakan keredhaan Mu Tempatkan daku di dalam rahmat Mu 
Tuhanku... Usah Kau biarkan diri ku Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu Hidup matiku hanyalah untuk Mu 
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran Suburkan jiwa ku dengan keimanan Hanya pada Mu Oh Tuhan Ku sandarkan harapan




Ya Allah...

Seandainya telah engkau catatkan.Dia milikku tercipta buatku.Satukanlah hatinya dengan hatiku.Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi.

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.Ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan ia bukan miliku.Bawalah ia jauh dari pandanganku.Luputkanlah ia dari ingatanku.Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... 
Berikanlah aku kekuatan.Melontar bayangannya jauh ke dada langit.Hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia.Walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantilah yang telah hilang.Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu.Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini.

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.Di dunia dan juga di akhirat.Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.Jangan engkau biarkan aku sendirian.Di dunia ini mahupun di akhirat.Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran.Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman.Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

*********

Idakechik




2 comments:

  1. sabar ye ida. allah uji sebab allah sayang. sebab allah nak kite dekat dengan Dia. semue yang berlaku pasti ade hikmahnye. ida kne kuat. ida mesti kuat. ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. :")..mekasih ana..mekasih byk2..ida taw..ida kena kuat..ida kena terima ap je wlaupun bnda tuu ckup pyah..mmg pyahh tp inshaAllah ida mmpu..mgkin saat kte hdapinya kte rsa xsanggup, xmmpu tpi ida cye Allah xkn uji hambaNya melebihi kemampuannya..kan ana ?? hurmm..pape pon mekasih sis.. <3 u

      Delete