22/10/2013

Aku yang bernama PEREMPUAN


Assalamualaikum & selamat pagi buat yang sudi.

anyeong hasaeyo .. 
mari saya kongsikan sedikit ilmu tentang perempuan.ehh2 ilmu ke?? hee.entah.mungkin la.hihihhh
wahai para lelaki & juga bakal imamku.bacalah ini.in shaa ALLAH anda akan lebih memahami perempuan selepas membacanya.:)

Bismillah...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah.Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya.Tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh bukan ? :) Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.Hampir setiap hari pergaduhan akan tercetus.

Apabila perempuan banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Dan itu bukan bermaksud dia benar-benar gembira.Mungkin sahaja dia cuba menyorokkan perasaan sebenar yang tersimpan rapi di dalam hati kecilnya.

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya.Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian ;)

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.Naluri keibuannya sangat kuat.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuat perempuan rasa dihargai.
  
Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya.Dan apabila berjauhan, bayangan anda akan sentiasa bermain di mata mereka dan apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya.Kerana dia hanya mahu menguji kamu.Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik :)

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Itulah yang bergelar perempuan.

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.Jadi hargai lah kasih sayang seorang wanita.Apabila mereka sayang anda, mereka memang benar-benar sayang :) 

okey done.hah mohammad zulfikri akhiar.awak pon baca ni taw.hehe 


selamat membaca * luv u all .. kamsahamida :) 

idakechik

21/10/2013

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya

Assalamualaikum...


BUAT RENUNGAN PARA IBU & BAKAL IBU



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.


Bayi itu bertanya kepada Allah:“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah
Allah menjawab:“Aku telah memilih satu malaikat untukmu.Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”  

Bayi bertanya lagi:“Tetapi disini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Allah menjawab:“Malaikat mu nanti akanbbb bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi:“Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Allah menjawab:“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar.Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi:“Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Allah menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Allah menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Allah menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Ya Allah, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?” 
Allah menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.
Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu.Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

******************

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar.Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara:

# Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan...
# Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu...
# Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu...
# Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu...


Idakechik




02/10/2013

Bila hati berbicara


Dear awak...

Terima kasih banyak2 sebab dah bagi saya rasa banyak benda dalam hidup ni.
Terima kasih sebab awak la saya tahu apa itu maknanya sayang.
Terima kasih sebab awak la saya tahu apa itu maknanya rindu.
& terima kasih sebab awak juga la saya tahu apa itu rasa sakit.

yaaa sakit.sakit yang teramat sangat.tak pernah rasa sakit macam apa yang saya rasa sekarang.awak berjaya.awak insan pertama yang berjaya buat saya macam ni.awak berjaya buat airmata ni mengalir.awak2.kenapa? kenapa macam ni? kenapa bagi saya rasa sakit ni.kenapa wak? kalau kehadiran saya menyusahkan hidup awak, saya minta maaf wak.saya mintak maaf banyak2 kat awak.tolong wak.tolong jangan buat saya rasa macam ni.tak boleh ke wak saya nak happy jap je.takleh lama kejap pon jadik la.tolong jangan buat saya macam ni.saya tahu saya tak mampu nak jadi yang terbaik untuk awak.maafkan saya.awak cakap je apa yang awak nak cakap.saya terima wak.saya cuba untuk kuat.saya cuba hidup tanpa siapa2.in shaa Allah saya boleh.yeah ida boleh.ida kuat!!!




Bila ku didatangi malam Gelora perasaan mencengkam dijiwa Masihkah ada lagi Dayaku menghindar dari kealpaan 
Diterjah berbagai persoalan Dihujani airmata penyesalan Bisakah terhapus semua Segala dosa-noda yang bertakhta 
Terangi jalan hidupku Dengan cahaya kasih Mu Pimpinlah daku dengan hidayah Mu 
Tuhanku... Di malam syahdu ku merayu Ampunilah segala dosaku yang lalu Sujud ku mendambakan keredhaan Mu Tempatkan daku di dalam rahmat Mu 
Tuhanku... Usah Kau biarkan diri ku Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu Hidup matiku hanyalah untuk Mu 
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran Suburkan jiwa ku dengan keimanan Hanya pada Mu Oh Tuhan Ku sandarkan harapan




Ya Allah...

Seandainya telah engkau catatkan.Dia milikku tercipta buatku.Satukanlah hatinya dengan hatiku.Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi.

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.Ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan ia bukan miliku.Bawalah ia jauh dari pandanganku.Luputkanlah ia dari ingatanku.Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... 
Berikanlah aku kekuatan.Melontar bayangannya jauh ke dada langit.Hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia.Walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantilah yang telah hilang.Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu.Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini.

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.Di dunia dan juga di akhirat.Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.Jangan engkau biarkan aku sendirian.Di dunia ini mahupun di akhirat.Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran.Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman.Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

*********

Idakechik